Tuesday, December 4, 2012

Blog Rasmi Keluarga Kasmir

  Hello, salam sejahtera dan selamat datang ke blog rasmi Keluarga Kasmir. Saya, Alexander Irvin, selaku Kasmir Family Blogger admin mengalu-alukan komen, perkongsian dan maklum balas yang dihadapkan. KFB (Kasmir Family Blogger) akan sentiasa mengemas kini post dan aktiviti yang terkini dari semasa ke semasa.

   Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai pemberitahuan kepada Keluarga Kasmir tentang aktiviti-aktiviti yang diwujudkan ataupun diusulkan. Laman ini turut mempunyai laman sembang yang mana dapat mengeratkan hubungan silaturahim melalui bersembang sesama ahli keluarga mahupun pelawat blog ini. Di samping itu, gambar-gambar keluarga dalam laman blog ini dipamerkan sebagai gambar kenangan yang tiada ternilai.

   Pastikan anda meng-klik pada butang JOIN THIS SITE untuk mendapatkan pemberitahuan-pemberitahuan terkini daripada Keluarga Kasmir, mahupun Keluarga Angguai.


Sekian~